Thursday, June 17, 2010

i haz a cat that rikes to miao

Al-kisahhh,1 hari sebelum semalam (16.6.2010) sejarah hidup aku,aku pernah bela kucing 1 kali je,tu pun masa zaman aku masih minum susu t-bone ke ape tah.Susu tu sedap gila,aku suka perisa coklat dia.Jadi nama kucing aku masa tu Abu,warna dia hitam putih.Aku tak berapa ingat sejarah aku dengan Abu,tapi aku ingat tibatiba satu hari Abu tak balik rumah.Jiran aku kata die kene langgar tapi



Masa aku darjah 6 kot,aku mintak ayah aku kucing,tapi dia bagi hamster.Aku ingat lagi aku beli hamster tu dekat kedai haiwan ni dalam Giant besar dekat Shah Alam.Aku taktau nama rasmi tempat Giant tu,aku ingat tempat Giant kecik seksyen 18,Giant besar dekat sekitar Stadium Shah Alam.Dari dulu sampai sekarang aku ingat seksyen 18,19,20 je HAHAHAHAHA! EPIC FAIL MAN!.Nama hamster tu..... entah la,mulamula aku bagi nama nobita sebab dia asyik tido,lepas tu aku bagi nama lain,tapi sebab dia kecik sangat aku tak enjoice nak panggil dia dengan namanama pelik yang aku bagi dekat dia jadi aku tak panggil dia apapa,HAHAHA.Riwayat hamster tu tamat sebab  die lari dari sangkat,aku caricaricari tak jumpa.Lepastu ada satu hari ni aku bau busuk gila tengoktengok mayat hamster aku,sekeliling dia ada makanan hamster,ingat pulak nak bawak makanan masa lari.Clever guy tapi tanpa aku mana kau nak dapat air oooh hamster.

Dan aku membesarmembesar sampai tingkatan 2,sekali lagi aku mintak kucing,tapi mak aku cakap "Ahhhh nanti die berak kencing sana-sini siapa nak bersihkan?".Jadi sekali lagi beli hamster,kali ni beli sepasang.Beli dekat aaaa aku tak ingat,sekali lagi nama pun tak ada LOL.Tapi aku ada gambar dieorang

Yang ni aku punya


Yang kanan tu adik aku punya

Riwayat hidup dieorang agak lama,dalam hampir setahun gitu.Mulamula aku rajin gila jaga,lepastu aku rasa malas yang teramat oleh itu hamster ini secara tidak sengaja dipindah milik kepada adik aku yang paling kecik sekali.Cerita dia camni,masa tu aku nak bagi die jenjalan,aku lepaskan dia bagi dia rasa kebebasan 3minit.Lepastu adik aku tengok die cam nak lari lalu cakap dekat aku dengan gelisah "Abang nak lepaskan ke?" Aku yang nampak kesempatan untuk bergurau dengan adik aku balas "A'ah" "Ish abang ni,bazir je,bagi amil ah bela".Aku dengan gembiranya bagi dekat dia sebab aku bukan sahaja dapat bergurau malah aku tak payah nak susahsusah bela hamster lagi.Aku tak ingat macamana hamster adik aku mati,tapi yang aku punya yang sudah dipindah milik kepada adik aku yang kecik sekali mati sebab dia lari dari sangkar dia lepastu dia tergelincir kot masa sweet escape dia.Macamana aku tau? Ada satu pagi tu aku bangun adik aku cakap hamster dia dah mati,aku tengok mayat dia dah gemuk sebab sarat dengan air longkang.Dan hamster ni mati dekat rumah Terengganu,bukan dekat Shah Alam.Dialah satu-satunya hamster yang berjaya sampai sini dan tak sampai seminggu dekat sini dia dah kembali ke rahmatullah.

Kenapa aku nak sangat kucing? sebab

1.Kucing besar,boleh rabaraba..... eh usapusap dia,hamster kecik sangat,i is no enjoice
2.Dia lari jauhjauh pun pandai carik jalan balik rumah,kalau hamster dia lari dia terus berpaling tadah
3.Aku lebih feel cakap dengan kucing daripada hamster
4.Dia boleh teman aku masa aku main pc sorangsorang,hehehehehe
5.Dia boleh bagi kasih sayang over 9000
6.Dia boleh jadi pemanas semulajadi dengan tido atas lap
7.Dia kelakar (http://icanhascheezburger.com/)
8.Dia boleh buat machammacham bunyi,hamster cam takde bunyi kot?

Tibaba semalam Syamil telefon,die ckp "Munzir,mu nak tak?" Aku dengan sifat malas serta-merta membalas "tanaktanaktanaktanaktanak" "Laaa mu tanak ke kucing? Penat aku tangkap,haritu mu cakap nak kucing" Aku tersentap "Ehhh naknaknaknaknaknaknak" "Haa mu mari ah rumah aku sekarang".Aku cepatcepat hang up,masukkan hanfun dalam poket,pergi rumah Syamil.Otw tu aku ternampak mayat kucing kene langgar.Mulamula aku buatbuat tak nampak,tapi mata hati aku terbeliak tengok mayat kucing tu.Lepastu tibatiba aku rasa somethinggoeswrongsomewhere.Aku patah balik,park b s k l,amek daun,alihkan dia.Masa nak alihkan tu jantung aku cam tgah race dekat sepang,gila seram aku.Slowslow aku angkat,letak kat tepi jalan cover die dengan daun aku guna tadi.Ok baru rasa aman.

Sampai rumah Syamil,aku tgk kucing tu.Dia warna oren.Disebabkan aku takut nak bawak dia sambil naik b s k l sebab aku dah dapat bayangkan nanti aku terlepas dia lepastu aku tergilis dia,mata terkeluarJadi aku suruh Syamil bawak dia naik motor,Syamil dengan baik hatinya letak dia dalam bakul motor,pergi rumah aku.Sampai rumah aku lompatlompat cam orang gila dulu sebab gembira,lepastu sambung balik misi cari kotak.Caricari jumpa,ade buku pulak dalam dia.Aku berpeluhpeluh keluarkan semua bukubuku dalam kotak kecik tu,bawak keluar,lepastu Syamil mensarankan aku guna kotak kayu yang aku guna untuk simpan mainan dulu.Jadi usaha aku cari kotak cam tak bermakna jugak ah.Jadi dipendekkan cerita yang sepatutnya panjang lagi aku dah ada kucing,AYAM SO HAPPY MANG.Mulamula nama dia ginger yang berasal dari nama kucing saudara aku ginger

Sup,ayam ginger

Lepastu aku terfikir nanti saudara aku tu datang rumah aku tanya nama nanti die cakap aku cetak rompak nama dia.Fikirfikir lepas tu kakak aku bagi idea nama Lemon,aku rasa ok jugak,jadi tukar nama dia dari ginger dari lemon.Cam nama lemon dalam komik Le gardenia karya BEN.



Ish tak habishabis tukar nama.Oh dia betina.Jadi start dari harini bolehlah aku letak dia atas lap aku macam mahirah buat dengan Tenom/Blacky (aku tak ingat nama lagi satu kucing kau hehehehe),mainmain dengan dia macam Alia main dengan Marcat dengan anakanak dia yang banyak sampai aku ingat Batak dengan Zoovey ke Zooey tapi depan dia Z lah.

Made in japan :P

Ohai there

zzzzzzzz
Oklah bukan atas lap tapi kire ok lah tu kan

Ok sampai sini sahaja bebelan untuk post ini.Betapa malasnya aku nak update blog sampai tahun ni baru ada 1 je post hahahahaha.Orang suruh buat simple tapi aku selalu meng-complicated kan benda aiiii.

2 comments: