Saturday, December 19, 2009

Tragedi yang ajaib?

Aku rasa aku tak nak sambung 1 bulan akan datang part 2 sebab aku rasa dia 100% bosan sampai korang akan rasa nak campak tahi kat aku sebab aku dah bazirkan mase korang  baca post tu.Oleh itu aku bagi post yang lain supaya aku selamat dari hujan tahi yang korang mungkin baling itu.


Jadi korang pernah tak rasa tragedi? Sampai korang kata "katakanlah ini mimpiiiiiii!" Aku baru rasa hari rabu lepas (16.12)
.Mase tu pagi yang sangat indah lepas tidur dekat rumah kawan aku.Lepas smayang subuh ape sume kiteorng pergi parkour dekat tanah runtuh ni (parkour lah sangat,padahal main lompat-lompat tanah runtuh je).Parkour ni macam lompat lompat dari tempat tinggi atau lompat macam tu jugak lah,lepastu unik dia lompat dia diakhiri dengan golekan yang sangat bergaya,try lah cari dekat tiub kamu a.k.a you tube.

Mase dah sampai dekat tanah runtuh tu aku letak hanfun dekat poket kanan duit dekat poket kiri,mase tu seluar yang aku pakai tu poket sebelah kanan die cacat sikit,zip dia takboleh tutup,tapi sebelah kiri bole,jadi masa tu aku utamakan rm5 dari hanfun,jadi rm5 dekat kiri hanfun sebelah kanan.Mase lompat lompat tu ok je lagi,seronok kot.Sampai kat satu tempat ni,agak susah sikit lah,aku lompat dengan penuh semangat dan landing dengan agak kuat sekali bersama-sama hanfun aku terbang keluar dari poket tanpa aku sedar dan BOOM! skrin hanfun aku terhentak dekat bucu jalan tar.

Die macam korang bawak kereta laju laju pastu naik benda yang keatas tu sampai buat kereta tu terbang,lepastu mase tengah terbang tu benda dalam kereta korang tu terkeluar,jadi laju korang stop dengan benda tu jatuh lebih kurang sama,mungkin? hahahaha aku bantai je.Jadi hanfun aku pun jatuh dan jadi macam ni






Mungkin bagi orang yang pakai iphone dieorang akan cakap

"eleh iphone aku,jatuh dekat atas jalan tar pun boleh guna lagi"
"ape barang baru jatuh camni dah cacat skrin? aku rendam iphone aku dalam jamban pun boleh gune lagi kau tau"







Tapi aku guna fon biase je ,mane kebal nak mati macam iphone korang.Mase hanfun aku jatuh dengan skrin retak macam tu aku ingat balik nanti aku kene rembat habis-habis dengan kakak aku,yelah fon die kan.Sebenarnye aku tak pernah beli/dapat hanfun sebab diri sendiri macam dapat keputusan bagus ke beli gune duit sendiri macamtu lah.Cerita dia macam ni,fon pertama aku fon nokia ni,takde kaler dan takde langsung loading ape ape macam fon takde kaler yang lain,macam kelajuan cahaya lah.Aku dapat fon ni lepas upsr dan asalnya fon tu kakak aku yang ke-2 punya,die dah dapat fon baru jadi fon tu diturunkan keatas aku.Fon aku yang ke-2 fon nokia 3200 




Sebab aku ingat name fon ni sebab die ade torchlight bile tekan butang * lame lame dia akan keluarkan cahaya dari bawah belah kiri kalau tengok dari depan macam torchlight lah.Torchlight ni berguna gila time aku perlukan lampu macam mase blackout ke,boleh la aku batak depan orang =P.Jadi die banyak berjasa,tapi kadang-kadang benda berjasa bawak masalah jugak,ade satu hari ni aku tengah tengok cerita ape tah,sedang aku asyik tengok cerita tu sambil main msg,tiba-tiba semua msg yang aku simpan dalam inbox aku hilang,memang rasa macam baru kene rompak ah.Fon ni kakak aku yang sulung bagi,macam yang ke-2 tadi,die dapat fon baru jadi fon lama turun dekat aku.Dan fon yang ke-3 aku tengah pakai sekarang ni nokia 6288 ni lah



Mase mula-mula dapat fon ni tahun lepas memang best lah,ye lah nokia 3200 tu memory die 1mb je,tapi yang ni sampai 1gb,memang lah gembira.Nokia 3200 takde ringtone,lagu pun rakam je,hahaha.Aku ingat lagi aku cakap dengan Alia dulu,"kalau aku ade fon yang boleh letak lagu aku nak set lagu sudirman dari jauh ku pohon maaf sebagai ringtone aku,lepastu aku nak tidur dalam train so bila orang call aku dieorang dengar lagu sedih ni,hahaha".Tapi kan bila aku terus je dapat fon yang boleh letak lagu,1 lagu sudirman pun takde dalam fon ni,hampeh,hahaha.Tapi satu je function yang membuatkan aku ragu-ragu nak tukar ke tak fon ni mase mula-mula,fon ni takde torchlight.Seriously,aku suka gila dengan fon yang ada torchlight,baru serbaguna namanya,hahahha tapi last-last tukar jugak.

Ok balik kepada cerita.Lepas hanfun aku eksiden,aku try semua benda,lagu ok,kamera ok,call orang ok.Macam miracle pulak,bila aku bukak housing dia LCD fon tu langsung tak rosak pape,bak kate orang putih not even a scratch.Yang pecah cuma housing dia je,kalau korang still tak paham tengok lah gambar bawah ni.



Macam memang tak sangka lah,aku memang mati mati fikir aku kene korek dompet aku untuk baiki fon ni,tapi rupa-rupanya housing die je yang rosak.Bila difikir-fikir kan balik,dah banyak kali dah fon ni jatuh,mase nak keluar dari teksi dekat sunway,depan kakak aku,mase aku letak fon ni belakang aku memang banyak tempat lah jatuh.Nasib baik mase dekat sunway tu takde awek nampak,kalau tak tercalar maruah aku =P.Jadi diakhir cerita ni barulah korang tahu yang rupa-rupanya fon yang aku pakai selama ni tak de satu sen pun duit aku,semua bekas kakak aku guna.Tapi aku betul-betul nak beli N85 sambil guna headset Alienware dengar fly fm pagi show dekat dalam train mase pagi pagi.


N85



headset Alienware

Just duduk sahaja dalam train tu dari pagi sampai tengahari,oh indahnya dunia ini.Seperti gambar pemenang peraduan gambar 1Malaysia ini




Mesti ade sesetengah korang tertanya-tanya kenapa aku pergi parkour,takde keje ke? sebab die aku rase seronok bila dapat atasi cabaran kawan aku,mungkin sebab tu kot,hahahahaha.

4 comments:

  1. http://1.bp.blogspot.com/_UQdGqW0KKkc/Syvf00OkoGI/AAAAAAAAAHQ/lkhuLaCi8BI/s1600-h/DSCN1454.JPG track ke 26. lolz

    ReplyDelete
  2. ohh tu lagu panic at the disco,yang "oh well imagine blablalbalba" chorus die "i chime in with a havent u people ever heard of closing the" ape tah

    ReplyDelete
  3. Haha kau tk habis2 nak beli handphone lps tu guna headset or wtv Alienware tu lps tu duduk dalam train.

    ReplyDelete
  4. ye lah,rassa bahagia kot kalau dapat buat macam tu,hahaha =p

    ReplyDelete